Kata-kata Aluan Ketua Unit Pendidikan Khas


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana berkat rahmat-Nya dapatlah saya merakamkan kata-kata di dalam laman web blog PPKI Zon Alor Gajah.
     Langkah menerbitkan laman web blog ini menunjukkan satu usaha positif dan proaktif bersesuaian dengan perkembangan dunia yang pesat di bawa arus teknologi maklumat & komunikasi ...
     Semoga laman web blog ini menjadi wadah untuk warga PPKI Zon Alor Gajah berkomunikasi antara satu sama lain dan  melaluinya juga warganya dapat meluaskan rangkaian hubungan dengan ' dunia luar '...
    Saya amat berharap agar semua warga PPKI Zon Alor Gajah  memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan laman web blog ini dan dapat memanfaatnya secara positif dan kreatif..
Selamat meneroka dunia IT.
EN. MD AZIZ BIN HAJI LANI
Ketua Unit Pendidikan Khas
Jabatan Pelajaran Melaka 

0 comments:

Post a Comment