Kata-kata Aluan Ketua Sektor PKPS



 
SEKAPUR SIRIH
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, segala puji-pujian ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya Laman blog Pendidikan Khas Integrasi Zon Alor Gajah telah diwujudkan dandapat terus beroperasi sebagai wadah perkongsian informasi dunia pendidikan khas kepada seluruh warganya dan masyarakat. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang melayari laman blog ini.
Laman Blog PPKI Zon Alor Gajah merupakan sumber inspirasi dan penyebaran maklumat terkini aktiviti PPKI Zon Alor Gajah.Melalui laman blog ini juga segala agenda pendidikan dalam Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Khas dapat disalurkan dengan lebih pantas dan efisien. Sebagai sebuah organisasi yang amat menitikberatkan pembangunan modal insan, agenda pendidikan yang berkualiti dan berterusan sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan kami.
Saya berharap agar laman blog ini akan digunakan oleh orang ramai khususnya warga  pendidik bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat malahan juga untuk berkongsi pandangan dan cadangan demi meningkatkan mutu pendidikan dalam Pendidikan Khas. Akhir kata, saya mengucapkan selamat melayari Laman  Blog PPKI Zon Alor Gajah.
وبالله توفق والحداية السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera.
HAJI MOHAMAD SAPIAN BIN SIRAN
Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
Jabatan Pelajaran Melaka 


0 comments:

Post a Comment