Info Pendidikan Khas


TAKRIF PENDIDIKAN KHAS?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apabila kita memperkatakan mengenai pendidikan khas, kita terlebih dahulu hendaklah mengetahui takrifnya terlebih dahulu. Mengenal takrifnya dapat membawa kita kepada pemikiran pendidikan khas secara asasnya.

PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DILAKSANAKAN MELALUI:
1.                  Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.
2.                  la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang bekemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

VISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid pendidikan khas selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan.
 
MISI PENDIDIKAN KHAS
Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan :
•Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik
•Perkembangan potensi diri ke tahap optimum.
•Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran.
•Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan
•Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.

SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
·         Berumur 6+ hingga 14+ tahun
·         Disahkan oleh pengamal perubatan
·         Dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

0 comments:

Post a Comment